Tuesday, August 11, 2009

MALAYSIAKU


1 MALAYSIA



Konsep 1 Malaysia merupakan salah satu konsep yang mempunyai peranan penting untuk pembangunan dan kemajuan rakyat serta negara yang mana telah dinyatakan oleh Y.B Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Y.B Perdana Menteri telah menyenaraikan lapan nilai konsep 1 Malaysia yang membawa maksud Budaya Kecemerlangan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti. Negara Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa dan kelainan agama, namun masyarakat Malaysia mampu bersaing dengan rakyat-rakyat di negara yang lain kerana rakyat atau komuniti di Malaysia amatlah tinggi nilai budaya, kesopanan dan kesusilaannya. Perpaduan amatlah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dinilai oleh rakyat negara lain bahawa Malaysia mempunyai rakyat yang berdedikasi, bertamadun, mempunyai integriti yang profesional dan mempunyai konsep perpaduan yang kukuh. Hasrat kerajaan mahu rakyat Malaysia bersatu padu bagi memastikan negara Malaysia adalah benar-benar mempunyai rakyat yang memperoleh kemajuan daripada pelbagai sektor yang terdapat di Malaysia. Pendidikan amatlah penting bagi memastikan rakyat di negara ini mempunyai modal insan yang cemerlang dan mampu melahirkan golongan-golongan yang pfrofesional dalam menghadapi kemajuan negara di masa hadapan dan mampu mencapai matlamat wawasan 2020 yang telah disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, 1 Malaysia adalah untuk semua tidak kira bangsa, agama, mahupun fahaman politik, namun rakyat Malaysia haruslah berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara yang membawa kepada perpaduan rakyat dan kesejahteraan negara. Jesteru itu, rakyat haruslah menghormati antara satu sama yang lain tidak kira bangsa dan agama bagi memastikan pembangunan negara dapat dicapai melalui kepelbagaian sektor pekerjaan dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu dan memperolehi kejayaan dalam apa jua sektor yang dapat memajukan negara. Amatlah penting bagi rakyat Malaysia bahawa ketaatan kepada negara perlu diterapkan di dalam setiap jiwa rakyat, walaubagaimanapun harus diingatkan bahawa negara Malaysia adalah negara demokrasi di mana rakyat bebas bersuara dan memberi pendapat yang baik bagi memastikan pembangunan negara, ekonomi, politik, sosial dan kesejahteraan rakyat tidak terjejas. Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu membangunkan negara ini dengan adanya konsep 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".