Sunday, August 23, 2009

KEMELESETAN EKONOMI DUNIA

Dunia kini dilanda kemelesetan ekonomi yang paling buruk dalam sejarah, namun bukan ia satu penghalang untuk terus membangun. kebanyakan negara terus berusaha untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh negara. Selain itu, kebanyakan negara bimbang masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan yang dibuat oleh pemegang terbesar ekonomi dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Negara Malaysia juga dilanda masalah yang sama, pada tahun 1997 dan 1998 negara Malaysia dilanda masalah ekonomi, tetapi masalah ini hanya melanda negara-negara asia sahaja, walaubagaimanapun, dengan kepimpinan Perdana Menteri yang ke-4, negara Malaysia sudah menjauhi kemelesetan ini.

Hari ini sejarah kemelesetan ekonomi dunia kembali dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan, tetapi diingatkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Malaysia, seharusnya kita perlu berjimat cermat dalam keadaan sekarang yang amat membimbangkan. Punca kemelesetan ekonomi dunia disebabkan oleh ekonomi yang tidak menentu di negara Amerika Syarikat dan sehingga kini ia masih belum pulih walaupun pertukaran Presiden negara Amerika Syarikat telah di buat. Bukan sahaja negara benua Amerika sahaja malah masalah ini terus merebak ke benua Eropah dan nagara Asia tidak terlepas daripada masalah ini. selain itu, peperangan yang wujud di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan juga negara-negara yang lain dan ada kaitan dengan Amerika Syarikat ialah salah satu punca terjadinya masalah ini. Namun negara pemegang ekonomi dunia ini masih belum sedar bahawa ianya berpunca dari negara itu dan masih menyalahkan negara-negara lain. Hasrat untuk membaiki masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan.

Di atas adalah kisah benar yang terjadi di Amerika yang akan mencorakkan ekonomi dunia. kesannya masih dirasai oleh negara-negara di seluruh dunia, malah masalah ini semakin lama semakin membimbangkan. Hasrat untuk melihat perubahan kemelesetan ekonomi masih belum boleh diteruskan sekiranya pemegang-pemegang ekonomi dunia masih menunding jari sesama sendiri, seharusya berbincang bagaimana cara untuk keluar daripada masalah ini. dengan wujudnya masalah ekonomi dunia ini, banayk masalah akan berlaku contohnya, masalah penganguran akan berlaku, kebanyakan kilang-kilang akan ditutup, perniagaan akan terganggu malah harga barang akan menjadi meningkat. Jangkaan sektor yang akan merasai bahang kegawatan ekonomi adalah sektor elektronik diikuti oleh sektor pembuatan seperti perabut dan automotif. Sektor perlancongan juga pasti tidak akan ketinggalan. Kurangnya pelancong asing dari Amerika, Eropah dan Asia bererti akan malaplah industri perlancongan Malaysia. Sudah pasti yang akan merasa kesan utama adalah hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan sektor-sektor yang berkait rapat dengannya seperti khidmat limosin, pemandu pelancong dan sebagainya.

Tetapi sekarang ini masalah ini dapat dibendung sedikit demi sedikit dan boleh dilihat ada perubahan yang boleh dilakukan sekiranya ada dengan caranya. Negara Malaysia sudah nampak ada perubahan yang kini baru-baru ini diumumkan oleh Gabenor Bank Negara. Tetapi Malaysia harus meneruskan usaha meningkatkan lagi untuk membaiki masalah ini sehingga ia benar-benar pulih daripada kemelesetan ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment