Wednesday, August 26, 2009

SEMANGAT KEMERDEKAAN



Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!...........................................................
31 Ogos merupakan hari kemerdekaan bagi negara Malaysia yang disambut oleh semua lapisan masyarakat sama ada daripada pucuk pimpinan hingga ke rakyat biasa. Namun kemerdekaan ke 52 tahun kali ini di selitkan lagi dengan kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. tetapi kesungguhan dan semangat yang ada, rakyat Malaysia terutamanya bagi umat islam ianya memberi perangsang dan ketabahan dan juga tahap kesabaran yang tinggi, malah ia juga memberikan satu kelebihan yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama mahupun pemimpin-pemimpin politik. Semangat Kemerdekaan perlu disemai di dalam diri seluruh masyarakat kerana perjuangan mempertahankan negara dan mendapatkan hak bagi negara yang merdeka ini amatlah perlu kita hargai, ini kerana Perdana Menteri pada masa itu adalah Tunku Abdul Rahman terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Sesungguhnya rakyat Malaysia patut menghargai jasa beliau untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu. Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.




1 comment:

  1. ni shahir sm sri muda ke?ada mana la ni?ada contact?

    ReplyDelete